BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 31, 2010

Bali Shangrila Asia 3d2n (8-11 Dec 2007)

Nun jauh 3 jam lagi nak sampai ke Australia, dan 3 jam flight dari KL, ialah 'Shangri-La' atau dalam bahasa kita Syurga atau dalam bahasa omputehnya 'Paradise' di Asia - Bali, Indonesia.

Pada aku or at least pandangan aku la, Bali ni satu tempat yang memang cantik. Kalau ikut sejarah, bumi Indonesia ni memang agama rasminya satu masa dulu adalah Hindu. Tapi selepas kedatangan Islam pada kurun ke-14, semua penganut-penganut agama Hindu yang masih setia ni lari ke sebelah hujung pulau Indonesia ni iaitu Bali, diaorang bawak sekali semua candi-candi dan kuil-kuil diaorang ni ke sini.

Kalau kita lihat cara hidup diaorang ni memang agak unik. Dari kelahiran sampai la kematian, hidup diaorang ni dipenuhi adat. Masa aku pegi kat situ, aku punya tourist guide 'Pak Putu' cakap kalau ada kematian, waris-waris diaorang ni kena tanggung macam-macam termasuklah upacara pembakaran yang kata dia boleh mencecah RM10,000 duit kita tu. Bayangkanlah kalau bagi kita pun duit sebanyak tu dah besar, apa lagi diaorang.

Sebagai perbandingan, masa aku pegi satu tempat kat situ yang dipanggil 'Turtle Island' (btw, mahal giler pegi tempat ni) pekerja kat situ cerita kat aku, gaji dia lebih kurang 300,000 Rp atau dalam RM 90.00 sebulan. Tak ke banyak RM 10K tu kalau nak compare dengan gaji ko RM 90 sebulan? Tu pasal diaorang ni ada upacara pembakaran mayat 2 tahun sekali - yang ni gomen support, tapi bakar ramai-ramai la...

Huh, bayangkan la, syukur kita ni hidup kat Malaysia, senang lenang rezeki melimpah ruah... Alhamdulillah...Tengok senarai orang yang mati sebab bom bali kat gambar atas tu, huish... kalo sorang dia charge RM10K, kalo ada 200 orang kat situ jawapnya mashukkkk la tukang bakar mayat tu... Sapa cakap keje tu takde ong... keh2...

0 comments: