BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 31, 2010

Trip to Japan

Kali ni..satu family pergi ke Japan plak..adik dan adik ipar ku di sana...

Mula-mula kami ke Tokyo.. tdo kat sana dalam 3 malam...mmg sejuk..

to be continued

Kali ni kali ke-3 melawat negara Indonesia. Itu pun sebab mak suruh temankan untuk satu misi...

Nak Cari Barang2 Souvenir Pengantin Adik! hehehe...maka pergilah aku

Tapi specialnya kali ni aku pegi 3 orang. Dalam kurungan dah ada anak la... Qaseh Nur Damia. Alhamdulillah... berkat doa aku dan suami selama ni merasa la jugak nak ada anak. Syukur yang tak terhingga... masa last trip pegi Bandung dulu dia ada dalam perut mama dia.


Kali ni pergi Jakarta ni memang penat dan rushing sikit. Dulu orang cakap Jakarta ni memang "macet" / atau bahasa omputehnya JAM!

Memang betul rupanya, pegi mana2 pun kalau tak 1 jam atau lebih memang tak sah. Nasihat saya kalau ada orang nak buat trip ke Jakarta, elok2 la plan perjalanan tu sebab memang habis masa atas kereta je.

Jakarta ni bagi saya macam jalan2 kat town la. Ala, macam pegi KL. Tapi JAMnya lagi dahsyat... tu je bezanya.

Kenapa ye? Sebab kalau pegi jalan-jalan kat Jakarta ni takde benda lain la melawat! Pasaraya, pasaraya, pasaraya. Tapi pasaraya diaorang ni agak Hyper gak la sebab besar. Aku rekemen pegi Ambassador, Jatinegara (barang-barang pengantin ada banyak kat sini), Gedung Indonesia (kalau x silap nama dia). Tapi ada pasaraya yang besar betul tu memang besar gila, kalah MidValley.

Shopping? So-so je la. Lagi best bandung la shopping. Jakarta ni just orang kata kalau nak merasa jenjalan tu pegi la... tapi nak come back? Belum tentu lagi kot. Bergantung pada orang la. Pada aku, perjalanan dia very hectic. Letih bang...


Tengok aje la muka-muka orang kat dalam van tu. Semua muka toye je. Sebab letih... Dah la ujan lebat masa tu.

Tapi apa-apa pun kalau sapa-sapa nak pegi tu, pegi la, saya tak la kata Jakarta ni tak best. Cuma dah biasa dengan keadaan macam ni kat Kuala Lumpur kot. Nothing special....

Tapi setelah tiga kali trip ke Idonesia ni, yang paling puas hati ialah bab makan. Kalau citer bab makan memang berbaloi, sebab biasanya kalau kita pergi makan memang first class punya makanan/layanan. Dah la murah plak tu. Kalau pergi Jakarta jangan lupa pergi Pondok Laguna, seafood dia nyam2.... very nice. Mama mia! Lepas tu sebelah dia ada satu lagi seafood, tapi Pondok Laguna lagi best...

Oh ye, kalau pegi Indonesia, jangan lupa try air Avocado. Memang menyegarkan...

Bandung Shopping Paradise 4d3n (31 May - 3 Jun 2008)

Kali ni aku kembali lagi ke Indonesia, tapi this time Bandung.

Ni itinerary aku (Mainly - 'Shop Till You Drop'):-

Day 01 : Arrive at Bandung : 11:50 AM- Rupa-rupanya bandung ni time dia awal 1 jam dari KL.
Lunch at sundanese restaurant "Sederhana"- Check-in Hotel Aston by 12.00pm, mandi-manda, semayang- Shopping to factory outlet “Heritage”- Shopping to “Bandung Super Mall”, visit Polo boutique & Batik boutique in the mall- Dinner at restaurant Padang- Back to hotel

Day 02 :- B'fast at hotel- Visit factory outlet “Rumah Mode” & Donatello boutique- Go to “Cihampelas Walk” and also outside the shops selling jeans- Lunch at restaurant “Glossis”/ Sapu Lidi in Cihampelas- Visit the Cibaduyut (kejap je sebab tak best...) sambung balik kat Factory Outlet lain- Dinner at Padang Restaurant lagi- Back to hotel

Day 03 :- B'fast at hotel- Visit active volcano “Tangkuban Perahu” and Ciater Hotspring around the area- Lunch at Restoran Kampung Daun.- Continue to shop at Rumah Mode and many factory Outlets along Jalan Dago (barang bekas) & Jalan Riau & Pasar Baru, WTC (Wang Tak Cukup)- Visit Terminal Tas (shooping for handbags, wallet) and tapau McDonalds (semua dah letih shopping) - Back to hotel (Cadangan nak tengok wayang RM3.00 - kat Carrefour bawah hotel pukul 9pm, sekali dah tutup daa...) kaciwa..

Day 04 : -B'fast at Hotel-Checkout Hotel-Shopping around Braga Street-Airport transfer (11:00 AM)-Flight back to Kuala Lumpur (1:10PM)

Nasihat aku kalau pegi Bandung :-

1. Bring lots and lots of money, focus on shopping kalau nak pegi sightseeing just go to Tangkuban Perahu.

2. Kalau nak tempah suit (kot) bleh siap dalam masa 4 hari, kalau x sempat siap dia akan post free of charge. Make sure tinggal alamat Malaysia kat dia.

3. Make sure itinerary ada spent about 1 day kat Pasar Baru (besar gila tempat tu & byk barang).

4. Spare money for airport tax = Rp60,000 & syhhh... (duit kopi untuk Ketua Kastam kat situ, dia mintak beb... kalau masa nak check kastam dia tanya ketua rombongan tu, dia la tu...)

Bali Shangrila Asia 3d2n (8-11 Dec 2007)

Nun jauh 3 jam lagi nak sampai ke Australia, dan 3 jam flight dari KL, ialah 'Shangri-La' atau dalam bahasa kita Syurga atau dalam bahasa omputehnya 'Paradise' di Asia - Bali, Indonesia.

Pada aku or at least pandangan aku la, Bali ni satu tempat yang memang cantik. Kalau ikut sejarah, bumi Indonesia ni memang agama rasminya satu masa dulu adalah Hindu. Tapi selepas kedatangan Islam pada kurun ke-14, semua penganut-penganut agama Hindu yang masih setia ni lari ke sebelah hujung pulau Indonesia ni iaitu Bali, diaorang bawak sekali semua candi-candi dan kuil-kuil diaorang ni ke sini.

Kalau kita lihat cara hidup diaorang ni memang agak unik. Dari kelahiran sampai la kematian, hidup diaorang ni dipenuhi adat. Masa aku pegi kat situ, aku punya tourist guide 'Pak Putu' cakap kalau ada kematian, waris-waris diaorang ni kena tanggung macam-macam termasuklah upacara pembakaran yang kata dia boleh mencecah RM10,000 duit kita tu. Bayangkanlah kalau bagi kita pun duit sebanyak tu dah besar, apa lagi diaorang.

Sebagai perbandingan, masa aku pegi satu tempat kat situ yang dipanggil 'Turtle Island' (btw, mahal giler pegi tempat ni) pekerja kat situ cerita kat aku, gaji dia lebih kurang 300,000 Rp atau dalam RM 90.00 sebulan. Tak ke banyak RM 10K tu kalau nak compare dengan gaji ko RM 90 sebulan? Tu pasal diaorang ni ada upacara pembakaran mayat 2 tahun sekali - yang ni gomen support, tapi bakar ramai-ramai la...

Huh, bayangkan la, syukur kita ni hidup kat Malaysia, senang lenang rezeki melimpah ruah... Alhamdulillah...Tengok senarai orang yang mati sebab bom bali kat gambar atas tu, huish... kalo sorang dia charge RM10K, kalo ada 200 orang kat situ jawapnya mashukkkk la tukang bakar mayat tu... Sapa cakap keje tu takde ong... keh2...

Sunday, May 30, 2010

Mari Belajar Membina Blog

Hari ini aku belajar membina blog...sangat menyeronokkan..selepas ini bolehlah aku 'update' blog ku hari-hari..hehehehehe